Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Masak – Intake 1 (Minggu 9)
22 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 Februari 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Mahir iaitu Mahir Masak yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-9 ini bertujuan untuk menggalakkan peserta membuat Red Velvet Soft Cookies.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu lepas. Terlebih dahulu, Cikgu Ros memaklumkan bahawa tiada kelas pada minggu ke-10. Namun, peserta diwajibkan untuk membuat 2 tugasan iaitu tugasan bun/burger dan tugasan Belgium Almond Chocolate Cookies/Red Velvet Soft Cookies. Mereka kemudian dikehendaki memuat naik 2 tugasan tersebut ke dalam sistem MTS mengikut cara-cara yang telah diterangkan oleh Cikgu Ros.
Selain itu, Cikgu Ros juga memaklumkan bahawa kelas pada minggu ke-11 ialah kelas memasak bersama Chef Florence Tan mengikut resipi dan bahan yang akan dimaklumkan pada minggu -10. Beliau turut memberitahu bahawa terdapat peserta yang akan dipilih untuk mewakili NADI di peringkat negeri.
Dalam kelas minggu ini, Cikgu Ros telah membimbing peserta langkah demi langkah untuk membuat Red Velvet Soft Cookies berdasarkan bahan-bahan mentah yang dibawa sendiri oleh peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: